APA ITU CELLLOBIZ PROGRAM?


CellloBiz Program membuka peluang besar kepada orang ramai untuk menceburi perniagaan produk dan servis berasaskan Teknologi Kejuruteraan Tisu dan Stem Cells yang PERTAMA di Malaysia! Program ini bernaung di bawah firma terkemuka di Malaysia yang turut mendapat pengiktirafan Malaysia Book of Records sebagai Firma Kejuruteraan PERTAMA di Malaysia iaitu Cell Tissue Technology. 


TENTANG CELLLORA ACADEMY


Platform bagi semua CellloBiz Star untuk belajar mengenai ilmu marketing,kepimpinan, produk, dan servis. Akademi ini di bina khas untuk dijadikan platform yang kondusif bagi CellloBiz Star untuk akses dari di mana-mana sahaja dan pada bila-bila masa sahaja.

TENTANG DR. KHAIRUL IDZWAN BAHARIN



Pengasas & CEO, Cell Tissue Technology, Celllora® & CellloBiz Program


Dikenali ramai sebagai vokalis kumpulan Saujana, Dr. Khairul Idzwan Baharin (DK) / Idzu Baharin yang juga merupakan seorang doktor perubatan, penyelidik bioperubatan, pakar estetik bertauliah, pemegang rekod kebangsaan dan terknopreneur perubatan yang berdaya saing tinggi telah berjaya melahirkan Jenama Celllora® pada tahun 2018.

Setelah berkhidmat di sektor awam sebagai doktor perubatan, dia kemudian dilantik sebagai CEO dan kemudiannya sebagai Pengarah Urusan kepada firma Kejuruteraan Tisu yang dilahirkan dari institusi penyelidikan ternama Malaysia, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) iaitu Cell Tissue Technology Sdn. Bhd. (CTT). Selain dilatih secara profesional dalam bidang perubatan, estetika dan kosmetologi, beliau menceburkan diri dalam sektor perniagaan dan keusahawanan serta kejuruteraan tisu di bawah bimbingan berterusan oleh MTDC, UKM dan perintis terkemuka dalam kejuruteraan tisu Malaysia, Prof. Dato’ Dr. Ruszymah Idrus.


Hasil dari inovasi penyelidikan dan teknologi ini, beliau telah memiliki banyak Hak Cipta dan Penerbitan Intelektual (IP) yang telah merevolusikan bidang perubatan, estetik dan penyelidikan secara keseluruhan. DK telah menginovasikan teknologi Stem Cell manusia menerusi penciptaan Collagen Inducing Growth Factors (CIGF™️) yang terbukti secara klinikal, dermatologikal dan saintifik, meningkatkan kandungan kolagen dalam kulit secara efektif yang digunakan dalam produk dan servis Celllora®.

Berpegang kepada konsep bahawa kejayaan dapat dicapai dengan berkongsi rezeki serta minat beliau yang begitu mendalam dalam kecantikan dan penjagaan kulit, kini beliau tampil dengan program terbaru iaitu CellloBiz Program. Program ini membuka peluang kepada sesiapa yang berminat menceburi bidang keusahawanan kesihatan dan kosmetik berasaskan produk Stem Cell manusia.


Cantik dengan Celllora®


Celllora® telah mengeluarkan banyak produk kecantikan untuk kulit wajah, kesihatan dalaman dan juga servis kecantikan di Celllora® MediSpa. Semua produk dan servis dari Celllora® adalah terdiri dari teknologi berasaskan stem sel manusia dan CIGF™ teknologi yang dihasilkan sendiri selepas hasil kajian selama hampir satu dekad.

#scientificallybeautiful

#kejelitaanyangdicemburui

HUBUNGI KAMI


Untuk sebarang masalah atau pertanyaan mengenai Celllora Academy boleh email di alamat [email protected] atau whatsapp kami melalui butang di bawah.